Daftar Sesi Akademik



Setiap tahun, Sesi Akademik yang baru MESTI di daftarkan untuk memastikan data pelajar untuk sepanjang sesi persekolahannya di rekodkan dalam sistem. (pastikan data pelajar telah di import dari SMM terlebih dahulu)

Untuk mendaftarkan sesi akademik pelajar secara INDIVIDUAL, sila ikut langkah 1 - 3 .

Untuk mendaftarkan sesi akademik pelajar secara KELOMPOK, sila ikut langkah 4 - 11

1. Gerakkan mouse ke General (A) dan klik pada Academic Session (B) dibawah Individual.

2. Klik pada Add Academic Session (C) untuk menambahkan sesi akademik yang baru.
Add Academic Session


3. a. Pilih nama pelajar dari menu
    b. Pilih Batch untuk pelajar tersebut dari menu. Jika batch yang dikehendaki tidak ada dalam menu, tambahkan batch baru (ikut langkah DAFTAR BATCH ) atau klik pada butang ADD disebelah menu batch (lihat gambarajah di bawah)
    c. Masukkan tarikh PERMULAAN Sesi Persekolahan untuk pelajar pada tahun semasa.
    d. Masukkan tarikh AKHIR sesi persekolahan untuk pelajar tersebut pada tahun semasa.
    e. Klik pada SAVE.


4. Gerakkan mouse ke GENERAL MASTER dan di bawah Individual, klik STUDENT.
Student VIew


5. Klik CUMULATION, dan pastikan tab FILTER di pilih. Untuk mendaftar sesi akademik pelajar secara berkelompok, kita perlu FiLTER pelajar mengikut Tingkatan dan Kelas dahulu.
Cumulation FIlter

6. Di (a.) pilih AND, di ikuti dengan FORM CODE(DUMMY) di (b.)
    Pilih EXACTLY di (c.) dan di (d.) masukkan Tingkatan yang hendak di filter, contohnya T1.
    Klik Add di (e.), dan ulangi semua (a. - d.).
    Pilih CLASS(DUMMY) di (b.)  dan masukkan nama kelas yang hendak di filter di (d.), contohnya CEKAL

7. Klik SEARCH di (f.) dan semua senarai pelajar yang mempunyai data yang di filter, contohnya T1 CEKAL akan terpapar.

8. Pilih senarai murid yang dikehendaki dengan klik pada kotak kosong di hujung kiri nama mereka. Jika semua senarai murid, hanya klik pada kotak kosong di atas lajur paling kiri ( A. )
Assign Session

9. Klik pada With Selected (B.), dan pilih ASSIGN SESSION (C.)

10. Pilih Batch, contohnya T1-CEKAL-Morning, Tarikh Mula dan Tarikh Akhir

11. Ulangi langkah 4 - 10 untuk semua Sesi akademik untuk pelajar tahun ini. Klik submit untuk mendaftarnya.