Borrow Option



Setiap jenis bahan yang ada di Pusat Sumber / Perpustakaan / Library hendaklah di SET kan dahulu kekangan peminjamannya. Dengan setting ini, pihak sekolah dapat meletakkan syarat peminjaman untuk SETIAP jenis bahan yang ada dalam Pusat Sumber / Perpustakaan / Library,

1. Gerakkan mouse ke Masters dan di bawah Library, klik pada Borrow Option. Klik pada Add Borrow Option untuk menambahkan Syarat Baru untuk setiap Jenis Bahan di Pusat Sumber / Perpustakaan / Library.
Masuk ke Borrow Option


2. a. Pilih Item Type (jenis bahan) dari senarai,, contohnya FIKSYEN

    b. Student Max. Borrow Period - Masukkan jumlah bilangan hari maksimum yang boleh dipinjam oleh pelajar untuk jenis bahan ini. Contohnya 5 hari

    c. Staff Max. Borrow Period - Masukkan jumlah bilangan hari maksimum yang boleh dipinjam oleh staff untuk jenis bahan ini. Contohnya 7 hari

    d. Student Max Borrow Qty - Masukkan jumlah bilangan kuantiti maksimum yang boleh dipinjam oleh pelajar untuk jenis bahan ini. Contohnya 2 unit

    e. Staff Max Borrow Qty - Masukkan jumlah bilangan kuantiti maksimum yang boleh dipinjam oleh Staff untuk jenis bahan ini. Contohnya 3 unit

Borrow option settings


Selepas siap masukkan data yang berkenaan, klik SAVE (f.)