Langkah 3



Isikan semua data berikut: >
Langkah 3

1. ISBN - Scan guna barcode scanner ataupun taipkan (pastikan nombor ISBN yang diambil adalah yang dibawah BARCODE - yang paling panjang digitnya) Lihat Contoh

2. Dewey - Klik pada SELECT, dan pilih Kod Dewey (pengelasan) yang sesuai dengan bahan/buku yang hendak diproses. Untuk melihat lebih Kod Dewey, klik pada butang "+ / -", dan untuk memilih Kod Dewey, klik pada butang. Selepas itu, klik CLOSE untuk menutup kotak Dewey. Lihat Contoh

Jika Kod Dewey yang hendak dipilih tidak terdapat dalam senarai tersebut, tambahkan Kod Dewey yang baru, dan kemudian klik pada REFRESH, dan kod tersebut akan tersenarai. ( UntukcCara menambahkan Kod Dewey baru, atau untuk EDIT kod dewey yang salah, klik DI SINI )

3.Title - Masukkan Judul Buku / Bahan - Pastikan judul yang BETUL dimasukkan (lihat mukasurat di dalam buku untuk mendapatkan judul buku yang betul) - GUNA HURUF BESAR

4. Language - Pilih bahasa bahan tersebut

5. Description - Masukkan keterangan ringkas berkaitan buku / bahan tersebut.

6. Item Type - Jenis Bahan : Pilih bahan / buku yang hendak diproses itu adalah jenis bahan apa ? Pemilihan ini perlu TEPAT, kerana bilangan hari peminjaman / pemulangan buku dan bilangan buku yang boleh di pinjam bergantung kepada jenis bahan.

7. Category - Pilih sama ada ia Bahan Bercetak Buku (buku, majalah, etc), atau Bahan Bercetak Bukan Buku (Carta, Risalah, etc) atau Bahan Bukan Bercetak (Radio, CD, etc)

8. Author - Pengarang: TAIP nama pengarang. Sistem akan menunjukkan semua nama pengarang mengikut huruf yang ditaip. Contohnya, jika taip huruf A, sistem akan menunjukkan semua pengarang yang namanya bermula dengan huruf A. Pilih pengarang yang berkenaan. Lihat contoh

Jika Nama pengarang yang hendak dipilih tidak terdapat dalam senarai tersebut, klik ADD, tambah nama pengarang yang baru, dan kemudian klik pada REFRESH, dan taip semula nama pengarang. Ia akan tersenarai. ( Untuk cara menambahkan nama pengarang yang baru,atau EDIT pengarang yang salah, klik DI SINI )

9. Publisher - Penerbit:  TAIP nama penerbit. Sistem akan menunjukkan semua nama penerbit mengikut huruf yang ditaip. Contohnya, jika huruf P ditaip, sistem akan menunjukkan semua penerbit yang namanya bermula dengan huruf P. Pilih penerbit yang berkenaan. Adalah perlu diberi perhatian bahawa nama penerbit yang berakhir dengan SDN BHD atau ENTERPRISE, atau TRADING adalah sama jika namanya wujud tanpa ayat akhir ini, misalnya PELANGI BOOKS SDN BHD adalah sama dengan PELANGI BOOKS.

Jika Nama penerbit yang hendak dipilih tidak terdapat dalam senarai tersebut, klik ADD, tambah nama penerbit yang baru, dan kemudian klik pada REFRESH, dan taip semula nama penerbit. Ia akan tersenarai. ( Untuk ara menambahkan nama penerbit yang baru, atau EDIT penerbit yang salah, klik DI SINI )

10. Publication Year - Taip Tahun Penerbitan disini.

11. Publication Country - Pilih dari senarai, di negara mana Bahan/ Buku itu diterbitkan.

12. Photo - Jika ada gambar bahan / buku yang hendak diproses, muatkan disini. (JPG). Jika tidak ada, boleh abaikan.

13. Keywords - Masukkan semua perkataan yang berkenaan dengan bahan/ buku ini supaya ia akan disenaraikan ketika pelajar/ guru membuat SEARCH untuk sesuatu bahan. E.g., jika Search dilakukan atas perkataan MISTERI, semua bahan / buku yang mempunyai MISTERI di KEYWORD, akan tersenarai. Asingkan semua perkataan dengan " , " jika terdapat lebih dari 1 perkataan. E.g. misteri, remaja, cerita, seram

14. Quantity - Masukkan bilangan bahan / buku yang sedang diproses

15. Price - Masukkan harga bahan / buku yang sedang diproses. Jika tiada harga, biarkan kosong sahaja.

16. Obtain Source - Pilih dari senarai Punca Perolehan bahan / buku

17. Obtain Date - Masukkan Tarikh Perolehan di sini mengikut format DD-MM-YYYY ataupun pilih dari kalendar yang terpapar.

18. Shelf Location - Masukkan tempat dimana bahan / buku ini akan disimpan. E.g. Di Bilik Guru / Perpustakaan / Rak 1/ Makmal Sains/ etc ....

19. Supplier - Pilih dari senarai syarikat pembekal bahan / buku tersebut.

Jika Nama pembekal yang hendak dipilih tidak terdapat dalam senarai tersebut, klik ADD, tambah nama pembekal yang baru, dan kemudian klik pada REFRESH, dan ia akan tersenarai. ( Untuk cara menambahkan nama pembekal yang baru, atau EDIT pembekal yang salah, klik DI SINI )

20. Klik SAVE

Seterusnya : > Langkah ke-4